Monday, October 14, 2013

Khasiat Memakai Haruman Kasturi Kijang

Potret Al-Kindi (801-873)



Kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman. Abu Yusuf Ya'quq ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi merupakan antara tokoh-tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi di dalam kajiannya mengenai kimia dan haruman. Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama Kitab Kimiya al'Itr (Book Of the Chemistry of the Perfume). Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam yang lain, kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan,antaranya:
1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim).
2) Memberi Ketenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8) Mampu menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) Menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18) Mencegah wabak penyakit
19) Menguatkan tubuh badan.

 20) Menghilangkan sakit kepala
 21) Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
 22) Darah gemuruh
 23) Sesak nafas
 24) Selsema
 25) Hysteria
 26) Menyejukan badan
 27) Melembutkan kulit
 28) Sakit urat sendi
 29) Rawatan luka luar dan dalam
 30) Sengatan serangga
 31) Masalah Keputihan

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).

Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu
1) Mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan
2) Melancarkan peredaran darah
3) Merangsang penyingkiran darah haid
4) Mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan

Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.
Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser.
Di negara-negara barat,penggunaan kasturi lebih kepada penghasilan wangi-wangian kerana mereka sedar bahawa haruman daripada kasturi mempunyai keistimewaan dan nilai terapi yang tersendiri. Harga minyak kasturi juga amat mahal di sana berbanding di negara asia.