Potret Al-Kindi (801-873)
Kajian mengenai
khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman. Abu Yusuf Ya'quq
ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi
merupakan antara tokoh-tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan
menggunakan kasturi di dalam kajiannya mengenai kimia dan haruman. Beliau telah
menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama Kitab Kimiya al'Itr
(Book Of the Chemistry of the Perfume). Berdasarkan
kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam yang lain, kasturi didapati mempunyai
terlalu banyak khasiat dan keistimewaan,antaranya:
1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim).
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim).
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8) Mampu menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) Menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18) Mencegah wabak penyakit
19) Menguatkan tubuh badan.
20) Menghilangkan sakit kepala
21) Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
22) Darah gemuruh
23) Sesak nafas
24) Selsema
25) Hysteria
26) Menyejukan badan
27) Melembutkan kulit
28) Sakit urat sendi
29) Rawatan luka luar dan dalam
30) Sengatan serangga
31) Masalah Keputihan
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat
menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti
kasturi).
Dalam bidang perubatan
tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu
1) Mengembalikan
kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan
2) Melancarkan
peredaran darah
3) Merangsang
penyingkiran darah haid
4) Mengurangkan kesan
bengkak dan meredakan kesakitan
Kasturi diangkat
sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di
Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.
Di India pula,
penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda.
Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan
ulser.
Di negara-negara
barat,penggunaan kasturi lebih kepada penghasilan wangi-wangian kerana mereka
sedar bahawa haruman daripada kasturi mempunyai keistimewaan dan nilai terapi
yang tersendiri. Harga minyak kasturi juga amat mahal di sana berbanding di
negara asia.
No comments:
Post a Comment